expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

enCik Nuffnang..

tolong klik banner .. ^_^

blogger sporting

Tuesday, October 1, 2013

gaji untuk isteri daripada suami ?


Suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri sebab isteri buat macam2 tugas untuk suami dan anak2 di rumah. Isteri beranak anak kita, bagi susu pada anak pulak, basuh berak anak, jaga anak, basuh baju, masak makanan, buat air kopi, sapu sampah, kemas rumah, layan suami, dan macam2 lagi .... Kan banyak kerja isteri buat tu!

Asalnya isteri tidak wajib memasak, buat air, sapu sampah, basuh baju suami .... Tapi, apabila suami suruh, baru isteri wajib taat suami. Sebab tu isteri boleh minta upah dari suami. Oleh itu, mana2 perempuan yang buat kerja rumah, dia berhak menuntut bayaran daripada suami dia.

Dah banyak mana kena bayar? Yang moleknya suami bayar RM1500 sebulan pada isteri. Tu dah kira murah. Tengok pelayan di restoran, gaji katakan RM800, tapi dia tak masak pun, cuma ambil oder saja. Tukang sapu, gaji RM600 cuma sapu sampah je. Orang gaji jaga anak saja, kena bayar RM500. Dah berapa dah jumlah tu. Tapi kerje2 tu semua isteri sorang yang buat.

Jadi sebab dah tahu ni, nanti para isteri bolehlah cakap pada suami, "Ustaz Azhar kata boleh mintak upah dengan suami. Jadi saya nak la dalam RM1500 sebulan..."



p/s: hehe,kalau kira semuanya,gaji cuci piring rm600,gaji mengemas rm500, gaji tukang masak rm1000, gaji layan suami rm800.. hahha semuanyaa rm2900.. para suami boleh bayar? hahahahaaha

5 comments:

ZalinZalina said...

Pengsan suami yek..he he..tapi kak ina memang semua duit pun daripada suami..tu yg sayang lebih tu..kihkihkih..lawak je..

Asha Lya said...

haha belum kawin lagi so belum ada pengalaman..tapi cmfrm suami akan pengsan haha

Amyma Omar said...

hahaha lucu kan.. tp benda tu xpenting pun,kalau suami dah tolong pun dah kira okay,yg penting nafkah jangan lupa setiap bulan.. kikiki

sha (chirp chirp) said...

huish. 1500 mna nak cekau. kihkih

Amyma Omar said...

haha.. kesian.. saja je kalau maw di kira2.. begitulah..kali ar kiraannya..