13 Sep – Pelakon yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil, Diana Danielle mendedahkan nama anak lelakinya sebagai Muhammad Farid Kamil.
"Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja. "Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Diana, 22, memberitahu dia belum bersedia lagi untuk kembali melakukan sebarang aktiviti seni.
"Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali berlakon kerana keadaan saya yang lemah dan masih menyusukan Muhammad," ujar Diana yang turut menambah dia kurang mempercayai orang luar untuk menjaga anaknya itu ketika dia bekerja.
Sementara itu, Diana kini masih tinggal di kampung suaminya di Kedah bagi menghabiskan tempoh berpantang.
"Saya selesa tinggal di kampung kerana lebih aman seperti ketika saya berada di Australia. InsyaAllah kalau ada rezeki anak kedua nanti saya ingin pergi ke tempat seperti itu lagi."
Farid dan Diana selamat diijabkabulkan pada 3 November tahun 2012.
No comments:
Post a Comment