expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

enCik Nuffnang..

tolong klik banner .. ^_^

blogger sporting

Thursday, September 12, 2013

news : YUNA BAWA KEKASIH JUMPA KELUARGA



PERSEMBAHAN Yuna & National Symphony Orchestra melabuhkan tirai Ahad lalu dengan penuh bergaya selepas beraksi selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tampil buat pertama kali di panggung berprestij itu, Yuna berjaya mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari para peminat yang teruja dan terhibur sepanjang persembahan berlangsung.
Tidak keterlaluan dikatakan konsert penyanyi berusia 26 tahun itu boleh disifatkan sebagai persembahan bertaraf antarabangsa. Set pentas yang dihias ringkas umpama old Hollywood juga cukup menarik perhatian.

Penyanyi dan penulis lagu Terukir Di Bintang itu jauh lebih matang dari aspek penguasaan pentas berbanding dulu malah kelihatan sangat professional sepanjang konsert selama hampir dua jam tersebut.

Sehinggakan di penghujung persembahan, para peminat kelihatan tidak mahu bergerak dari tempat duduk seolah-oleh masih tidak puas menyaksikan persembahan Yuna. Ramai yang kelihatan berlegar-legar di  ruang legar Istana Budaya kerana tidak mahu melepaskan peluang berjumpa penyanyi kesayangan mereka itu.
Kaum keluarga Yuna termasuk ibu bapanya turut ‘turun padang’ untuk melayan para tetamu kenamaan yang datang untuk turut menyaksikan kehebatan penyanyi dan komposer yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Di kalangan khalayak ramai, penulis ternampak kelibat seorang jejaka ‘mat salleh’ yang kelihatan segak berpakaian sut hitam. Bila diamati rupa-rupanya tetamu istimewa itu ialah Julian Schratter, kekasih Yuna yang juga merupakan jurugambar peribadi penyanyi kesayangan ramai itu.

Julian bukan sahaja hadir untuk memberikan sokongan moral kepada buah hatinya itu malahan turut mempamerkan hasil kerja beliau merakam gambar-gambar Yuna yang menjadi sebahagian daripada bahan pameran di ruang legar Istana Budaya.  

Selepas percintaannya dengan personaliti TV dan bekas ahli kumpulan indie, OAG, Qi Razali terputus di pertengahan jalan, Yuna lebih selesa merahsiakan kisah peribadinya dari dihidu pihak media dan peminat. 

Namun begitu, beberapa bulan yang lalu nama Julian mula meniti dibibir peminat dan rakan-rakan media yang sering mengikuti perkembangan seni penyanyi tersebut.

Hubungan mereka mula dihidu oleh pihak media dan peminat apabila Yuna dilihat semakin berani memuat naik beberapa keping gambar mereka berdua di laman Instagram miliknya. 

Penyanyi itu juga dikatakan amat protective terhadap Julian lebih-lebih lagi apabila kekasihnya itu dikritik media tempatan apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hatinya melalui Instagram selepas album EP terbaru Yuna berjudul Sixth Street mendapat ulasan kurang memberangsangkan dari salah sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Yuna pantas menjawab isu tersebut melalui emel yang dihantar dari Amerika Syarikat.



Apapun, pasangan dua sejoli itu kelihatan amat serasi bersama. Julian yang berasal dari New York sememangnya cukup peramah dan pandai mengambil hati. Apabila diaju pertanyaan perihal hubungan intimnya dengan Yuna, jejaka tinggi lampai itu hanya tertawa kecil.

Melihat persembahan Yuna yang cukup bersahaja dan amat mengujakan itu, Julian berkata dia berbangga dengan pencapaian buah hatinya itu. 

She has outdone herself yet again with her performance and I’m truly proud of her,” (Dia telah berjaya membuktikan kemampuan dirinya melalui persembahannya yang mantap dan saya begitu berbangga dengannya),” kata Julian yang turut diserbu oleh peminat yang ingin bergambar dengannya. 

Julian juga sempat bercerita detik manis dia dibawa penyanyi itu untuk bertemu dengan keluarganya di Kuala Lumpur.  

“Saya cukup seronok dan tidak menyangka Yuna mempunyai keluarga yang besar,” tambah Julian sambil tertawa kecil.

Ditanya soalan ‘bonus’ samada mereka berdua sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumahtangga, jawab Julian, “Oh tidak. Masih terlalu awal untuk kami membicarakan perihal itu dan kami mempunyai karier masing-masing yang perlu diberi tumpuan penuh.”


"SELAMAT MEMBACA"

1 comment:

Unknown said...

Semoga Yuna berbahagia